Pages - Menu

Monday, April 27, 2015

Rambut Afro Terpanjang di Dunia Menurut Guinness Book of Records

Rambut afro 


Aevin Dugas berasal dari Napoleonville, Louisiana, memiliki rambut afro terpanjang di dunia menurut Guinness Book of Records. Dengan panjang rambut 1.34 meter apabila diluruskn ketika diukur, beliau telah menghabiskan 14 tahun menyimpan rambutnya. Ia juga mengambil masa dua hari untuk mencuci dan mengeringkn rambut. Giler leceh...

p/s : aTOK punya kapala sudah botak. haha

Saturday, April 25, 2015

Negara Pertama mengakses Internet Wireless Percuma




Niue 

Pada tahun 2003, Niue menjadi negara pertama di dunia yg memberikn akses Internet wireless percuma di seluruh negara oleh Persatuan Pengguna Internet-Niue.

Malaysia bila lagi, senang atok nak update blog kat mana mana sahaja nanti. hihi

Cerita Disebalik Jenama Lamborghini





Cerita Disebalik Jenama Lamborghini

Ferruccio Lamborghini adalah pengasas kepada Lamborghini. Selepas berkhidmat sebagai mekanik di Tentera Udara Italy ketika Perang Dunia II, Lamborghini pergi ke dalam perniagaan traktor berdasarkan lebihan perkakasan tentera. Dia membeli kereta Ferrari pertama, 250GT pada tahun 1958, dan seterusnya memiliki beberapa buah lagi. Lamborghini adalah penggemar Ferrari, tetapi menganggap pemanduan nye terlalu bising dan kasar. Pada suatu ketika Lamborghini mendapati bahawa klac pada Ferrari telah patah, Lamborghini pergi ke Ferrari dan meminta menggantikn nye dgn yg lebih baik. Ferrari mengatakan bahawa dia hanya seorang pembuat traktor, dan tidak dapat mengetahui apa-apa mengenai kereta sports. Selepas detik itu Lamborghini mengambil keputusan untuk mengusahakan pembuatan automobil yg sempurna.

Friday, April 24, 2015

39 Isteri, 94 Anak, 14 Menantu dan 33 Cucu.?


Ziona Chana dilahirkan pada 20 Julai 1945 tinggal di pergunungan negeri Mizoram di India, yang berkongsi sempadan dengan Bangladesh dan Myanmar. Beliau mempunyai 39 isteri, 94 anak, 14 menantu dan 33 cucu. Atok tak pasti lah sistem giliran yg mcm maner mamat ni gune kn. Haha.

#AtokHarap #AndaTabah.

Thursday, April 23, 2015

Akhirnya Popeye Ditemui di Egypt



Abang Sado

Moustafa Ismail seorang ahli bida badan dari Egypt memakan tujuh biji paun protein, sembilan paun karbohidrat dan minum tiga gelen air setiap hari untuk membantu mengekalkan biceps sebesar 31 inci nye. Beliau turut diiktiraf sebagai pemegang rekod Guinness World Records sebagai biceps yg terbesar di dunia. Tetapi ramai yg tidak berpuas hati dgn mengatakn Moustafa menggunakn steroid dan ramai lagi yg memiliki biceps yg lebeh besar malah menuduh Guiness World Records tidak telus dlm penetapan kriteria rekod dunia. Abang abang sado mesti Dengki lettewww....

Kereta Mewah Di Tanam Hidup Hidup


Bentley yang ditanam


"Count Scarpa", seorang jutawan dari Brazil telah merancang untuk menanam kereta Bentley miliknye yg berharga £310,000 (RM1,500,000) di belakang rumah nye di Jardins, sebuah kejiranan mewah di Sao Paulo. Beliau mendapat ilham ini setelah menonton sebuah dokumentari Mesir yg mengisahkn Firaun menanam harta kekayaan dunia untuk dibawa ketika kehidupan selepas mati. Ni la name nye pengaruh TV.

p/s Bagi Atokdean jelah kereta ni bro..

Tuesday, April 21, 2015

Produk Sabun dan Tepung mengilhamkan Chewing Gum

 Chewing gum

Wrigley ditubuhkan pada 1 April 1891. Pada awalnya syarikat ini menjual produk seperti sabun dan tepung penaik kek. Pada tahun 1892, William Wrigley Jr., pengasas syarikat, mula mengeluarkn chewing gum dan menjadi lebih popular daripada produk sabun dan tepung penaik kek mereka. Bar code chewing gum Wrigley Juicy Fruit adalah produk pertama yang diimbas Universal Product Code (UPC).

Berapa Peratus Manusia di dunia Pernah Menaiki Kapal Terbang


Contoh Malaysian Airline

Atokdean sebenarnya gayat nak menaiki kapal terbang ni. Meh, baca statistik berapa peratus yang pernah menaiki kapal terbang. Mengikut statistik, secara purata hanya 5% daripada populasi manusia di dunia pernah menaiki kapal terbang. Atok dulu 1st time naek sebab sambong blaja. Haha. Korang plak camne?

Landak bernama Babi


Landak babi atau  "quill Pig"

Terkejut Atokdean, landak babi? haha, Landak dalam bahasa latin dikenali sebagai “quill pig" dan dalam bahasa Jerman dipanggil “thorn swine". Oleh kerana landak tidak mempunyai deria penglihatan yg baek mereka sering jatuh pokok dan tercucuk duri sendiri tetapi landak memiliki antibiotik khas dalam darah yg melindungi mereka terhadap jangkitan. Pandai berdikari landak ni. Haha

Pusat Bandar Seperti sebuah Pesawat Moden


Pusat Bandar Seperti sebuah Pesawat Moden


Dalam tahun 1960-an kerajaan Brazil memutuskan untuk membina sebuah bandar baru sebagai pusat kerajaan yg dipanggil Brasilia. Presiden Jusculino Kubitschek memutuskan arkitek Oscar Niemeyer, perancang bandar Lucio Costa dan arkitek landskap Burle Marx untuk membina bandar itu. Mereka akhirnya membina pusat bandar kelihatan seperti sebuah pesawat kapal terbang yg lengkap dgn hotel, pusat membeli-belah, perumahan dan bangunan kerajaan. Tasik buatan dibina di bahagian depan, bangunan-bangunan kerajaan terletak pada sayap pesawat dan kawasan-kawasan kediaman di belakang pesawat.

Monday, April 20, 2015

Festival Five Seasons Sangat Unik


Festival Five Seasons



Dibina untuk Festival Five Seasons pada tahun 2010 di Chaudfontaine Park, terletak di pinggir Liege, Belgium, sebuah penyepit kain gergasi kelihatan seperti menyepit pada timbunan tanah dan rumput. Monumen gergasi ini direka oleh artis Turki Mehmet Ali Uysal, seorang profesor seni dari Middle East Technical University. Jom!!

Sunday, April 19, 2015

Tarikh Aneh Kalendar Yang Allah Maha Mengetahui

Tarikh Aneh

Atok Dean tertanya juga, pelik bin ajaib sungguh. 4th April (4/4), 6th June (6/6), 8th Ogos (8/8), 10th October (10/10) dan 12th December (12/12) semua tarikh ini jatuh pada hari yg sama. Aneh?

Saturday, April 18, 2015

Kisah Awal Jackie Chan Sebelum Popular



Jackie Chan


Atok Dean terkejut juga apabila pada cerita awalnya Jackie Chan hampir dijual ketika bayi kerana ibu nye tidak mampu untuk membayar bil hospital ibunya. Seorang doktor British telah menawarkn USD200 untuk membeli Jackie Chan dan ibu bapa nye telah bersetuju untuk menjualnye. Walau bagaimanapon keluarga dan rakan2 nye berjaya mencari wang untuk bil hospital.

Ganjaran 1 Gram Emas Untuk Setiap 2 Kilogram Penurunan Berat Badan (UAE)



Ganjaran Emas


Kerajaan UAE melaksanakan satu program diet yg menawarkan emas untok yg berjaya menurunkn berat badan dalam cabaran 30 hari. Satu gram emas akan diberikan bagi setiap kilogram berat badan yg diturunkn tetapi peserta perlu menurunkn berat minimum sekurang-kurangnye 2kg untuk melayakkan diri mendapat rewards ini. Pelan ini adalah percubaan terbaru untuk menggalakkan gaya hidup sihat di UAE. Ok x buat kat M'sia?

Atok Dean boleh kayo macam ni.. Jom amalkan gaya hidup sihat semua!

Friday, April 17, 2015

Dari Mana Asalnya Panggilan SideBurn?


"Sideburns

Penggunaan terma "sideburns" berasal dari General Perang Amerika Syarikat, Ambrose Burnside. Burnside menggayakan gaya rambut wajah yang sedikit luar biasa dengan terutamanya bahagian tepi jambang tetapi dagunya dicukur bersih sempurna.

Apa itu BrainWorm?



"Earworm" 

Gejala "Earworm" yg juge dikenali sebagai "brainworm", adalah gejala dimana bait2 lagu/muzik yg terus-menerus bermain-main di kepala untuk satu tempoh. Ha sudahnye langsung xbleh nk lelap...

Ikan Laut Yang Pelik Tidak Punyai Tulang






Blobfish (Psychrolutes marcidus) adalah ikan laut dalam keluarga Psychrolutidae. Ia mendiami kawasan laut dalam di luar pantai tanah besar Australia, Tasmania dan New Zealand. Blobfish biasanya hidup pada kedalaman antara 600-1,200 meter. Oleh kerana ketumpatan yg rendah, bentuk blobfish adalah sangat berbeza apabila ia keluar dari air. Ini kerana blobfish yang tidak mempunyai tulang dan otot.

Apakah Moral Menurut Gambar ini?

Zaman Sekarang

Inilah yg jd zaman skrg...bila ada kemalangan/penindasan... memasing nk snap picture dlu... update di FB/lariskan surat kabor/blog memasing. Tp... utk menolong sesama manusia.... tiada lgsung.... means... zaman skrg... memasing nk kutip publisiti atas penindasan org lain..... Zaman Sekarang, fikir fikirkanlah...

Steve Job mencampakkan iPod ke Dalam Akuarium Sebelum Saiz menjadi 6.1mm

 iPod 


Apabila prototype iPod yang pertama dibentangkan kepada Steve Jobs, beliau memainkannye dgn diteliti dan kemudian menolak proposal itu dgn alasan ianya terlalu besar. Engineer ipod itu marah sambil mengatakn adalah mustahil untok mengecilkn lagi size ipod itu. Steve Job kemudian berjalan menuju ke sebuah akuarium dan mencampakkn ipod itu ke dalam air sambil berkata
"Ko nampak tak gelembung udara tu dol? Ini maknanye ada ruang kat ipod ni. Nyah kau dari sini. Buat lagi kecik dari ni". (Steve Jobs melayu memang kasor mcm ni. Haha) Saiz asal iPod adalah 19.8mm tetapi berjaya dikurangkn menjadi 6.1mm selepas kene marah. 

Tuesday, April 14, 2015

FAKTA Nombor 69

Fakta 69

Edisi malas : Seseorang yg lahir pada 6th September 2000, akan berumur 69 tahun pada 6/9/69.

AtokDean malas nak olah banyak, kata fakta. hehe. Jangan fikir kotor jer bila nombor 69 ni ye. 

Facebook Bayar USD500 Kepada Sesiapa yang berjaya Hacked Laman Sosial itu



Fakta AtokDen, baru baru ni diberitakan bahawa facebook akan menawarkan USD500 kepada sesiapa yang berjaya 'HACKED' laman sosialnya. 

Facebook akan membayar sehingga USD500 kepada sesiape yg berjaya hacked laman facebook dalam usahanye meningkatkn system keselamatan. Anyone? Hang kata hang terra.. Kamon la..


Monday, April 13, 2015

Kontroversi Anak Shiro dengan Ular Sawa buat Semua Orang Gelabah


Haish, AtokDean tak faham betul la, jenis mak bapak yang otak gila gila ni, ular dibuat barang permainan.


Memang agak mengerikan bila anak yang masih kecil didekatkan dengan ular. Apatah lagi pastinya semua orang tahu ular adalah haiwan yang menakutkan. Itulah yang terjadi kepada pelawak, Ajak Shiro yang memuatnaik gambar anaknya yang sedang tidur ditemani oleh ular jenis ular sawa peringkat anak.

Mujurlah kan, kalau ular tedung atau cobra, Atokdean pun tak boleh nak cakap apa-apa, dia ngap, aku ngap.. haha.

Kek Ular Sawa Yang anda Tidak Mampu Menjamahnya.



Kek Ular Sawa

Francesca Pitcher menghasil sebuah kek ular sawa atas permintaan anaknya Claudia yang ingin mengejutkn tetamu pada parti hari jadi nye yg diadakn di zoo. Francesca, pembuat kek profesional, menghabiskan masa tiga hari mengkaji imej reptilia melalui internet dan kemudian mengambil masa 12 jam untok menghias kek hari jadi pelik anaknye itu. Boleh tahan gak perangai anak beranak ni. Haha.

Bagi Atokdean perangai mak dia ni boleh diangkat sebagai Pereka Kek Ular Seantero Dunia. :-P

Sunday, April 12, 2015

Teka 5 orang yang anda kenal anda memang hebat!


Barisan Artis Tanah Air

Asyik Atokdean buat entry mengenai fakta jer, nah amik ni, ringan ringan membaca sambil meneka.

Atokdean cabar dengan anda, kalau dapat teka 5 orang paling tepat, Atokdean belanja cendol Pulut. hehe

Rekaan basikal Oleh seorang Pemuda Elak Hujan

Roofbi 

Arnaud Sarfati adalah pencipta Roofbi iaitu aksesori terhadap perlindungan cuaca. Perlindungan yg berbentuk seperti khemah ini hanya memerlukn beberapa minit untok dipasang. Roofbi juga boleh diubah menjadi sebuah beg galas kecil. Berminat?

Bagi Atokden rekaan Roofbi ini tidak praktikal digunakan di Malaysia , faktor hujan yang sangat lebat menggangu trafik dan lalu lintas. Tapi boleh dibanggakan , rekaan yang inovatif!

Wanita ini Cipta Baju besi Elak Gangguan Seksual





KABUL, (MLP) - Seorang wanita muda menggemparkan negaranya apabila mencipta baju besi berbentuk payudara dan punggung.

Wanita itu juga tanpa segan-silu memakai pakaian itu ke merata tempat.

Kubra Khademi, 27, yang merupakan seorang artis, bertindak demikian sebagai satu bentuk protes susulan tingginya angka kes gangguan seksual terhadap golongan wanita di negara itu.

Kubra sendiri pernah beberapa kali dicabul.

Baju besi itu dikenakan Kubra kerana dia percaya ia dapat mengelakkan dia dari menjadi mangsa gangguan seksual.

Namun tanggapan Kubra nampaknya silap apabila dia dicaci dan dilempar batu kecil oleh beberapa kumpulan lelaki yang marah melihat fesyen terbaharu wanita itu yang dianggap sengaja menonjolkan susuk payudara dan punggung yang menggiurkan.

Nasib Atokdean jantina berbeza, kalau tak rasa nak beli la, dunia ni sudah tak selamat. 

Ular paling berbisa di Afrika Tengah


Hairy Bush Viper

Hai nama saya Hairy Bush Viper. Saya adalah sejenis ular berbisa dari Afrika Tengah. Saya mampu memanjat pokok, suka berjemur dan aktif pada waktu malam. Saya suka makan katak, cicak, dan kadang-kadang memburu mangsa mamalia di atas tanah.

Kalau Atokdean jumpa ular jenis ini, memang tak nampak tanah la atokden lari. hehe

Alfa Romeo dan ade ular makan orang?



Alfa Romeo 

Atokdean ada perasan  logo Alfa Romeo dan ade ular makan orang? Ok logo ular ini merujuk kepada"Biscione" yg biasanya dikaitkan dengan "House of Visconti" Milan, bandar asal Alfa Romeo. Walaupun selepas Viscontis kehilangan kuasa kira-kira pada 1447, Biscione kekal sebagai simbol bandar Milan. Lelaki dalam imej ini pula digambarkan sebagai seorang kanak-kanak atau Saracen atau Moor (seorang Muslim). Terdapat dakwaan bahawa ia telah diambil daripada jata daripada Saracen yg dibunuh oleh Ottone Visconti semasa perang salib. Ada juga dakwaan mengatakn motif keseluruhan logo ini adalah tentang kekalahan tentera Kristian pada perang salib.

#logo #alfaromeo #Biscione #milan #italy #Crusaders #infidels

Saturday, April 11, 2015

Colgate , Pergi Kau Gantung diri.

Colgate

Di Argentina dan beberapa bahagian di Amerika Latin, Colgate membawa maksud "Pergi kau gantung diri, jahanam!'. Ok yg "jahanam" tu atok tambah sendiri bagi sedap ayat. Haha.

Kanggaro Jantan Tayang Bisep?


Kanggaro Jantan

Sakit perut Atok Dean tengok gaya kanggaro ni,  Menurut kajian yang disiarkan di Biological Journal of the Linnean Society, kangaroo jantan menayangkn otot biceps untok menunjukkan keperkasaan terhadap kangaroo jantan yg lain dan untok menarik perhatian kangaroo betina. Boleh ajak sparring neh. Haha.

GST pada mulanya diperkenalkan di Perancis



 GST (goods and services tax)



Atok Dean terbaca pasal GST ni, nak bagitahu iaitu Maurice Laure, Pengarah Bersama Pihak Berkuasa Cukai Perancis, adalah yg pertama Maurice Laure, Pengarah Bersama Pihak Berkuasa Cukai Perancis, adalah yg pertama memperkenalkan GST (goods and services tax) / VAT (value-added tax) pada 10 April 1954. Usahawan Jerman, Dr. Wilhelm Von Siemens dikatakn orang pertama yg mencadangkan konsep GST / VAT pada tahun 1918. Pada mulanya sistem cukai ini ditujukan kepada perniagaan besar sahaja, dan kemudian nye dikembangkn ke semua sektor perniagaan. Pada masa ini, terdapat 160 buah negara di dunia yg melaksanakan GST / VAT. Marah dgn GST? Mengeluh dgn GST? Berbulu dgn Najib? Bangun & berusahalah memajukn diri. Pintu rezeki Allah teramat luas. Amarah & keluhan korang tak kn mengubah ape2. Samada korang hidup berjuang atau mati mengalah. As'salam.

Teh Tarik Madu boleh potong kaki Anda!


Teh Tarik Madu

Sambil sambil hari minggu ni, atok jalan- jalan ke pantai timur, Selamat pagi Kelantan. Pegi sini wajib la pekene teh tarik madu potong kaki ni. Sesape ade kat area PCB jom ngeteh dgn atok. Petang ni nk nyelam bundle pulok. Jom!!!



Bentuk badan Ular selepas Telan Seekor Kambing


Ular Sawa

Atok Dean rasa geli geletis rasanya, kalau citer bab bab ular ni, hamboi hamboi, dah ditelannya seekor kambing. Ini lah keadaannya seekor ular sawa yang kekenyangan setelah menelan seekor kambing di Rumah Kedoh di Saratok Sarawak berjaya ditangkap.


Friday, April 10, 2015

Camera Prototaip Leica Cecah jualan US $ 2.79 juta


Camera Prototaip Leica


Sebuah camera prototaip Leica dibuat pada tahun 1923, Leica 0-series berjaya meraih jumlah jualan US $ 2.79 juta pada satu lelongan di Vienna, Austria dan menjadikknye rekod dunia baru untuk kamera paling mahal yg pernah dijual. Hanya 25 buah camera Leica 0-series pernah dikeluarkn. Ha sesape yg kot2 ade moyang yg tetibe ade camera ni bleh ah jual.



Warga British Tukar Nama untuk Elak Telemarketer


Tim Pppppppppprice

Kerana bosan, tertekan dan rimas dengan telemarketers yg sering menggangu, Tim Price seorang warga British telah membuat keputusan menukar nama nye agar telemarketers sukar menyebut nama nye dan terus membuang nye dari potential customer. Nama baru beliau sekarang adalah Tim Pppppppppprice.