Pages - Menu

Sunday, October 25, 2015

Hati Hati Gejala Iphone Murah Guna Teknik iPhone refurbished/recondition 100%








Iphone Brand

Gejala iPhone murah. Lately byk IG shop yg menawarkn harga jualan iphone yg jauh lebih murah berbanding harga rasmi. Sebagai contoh macam maner iPhone 5 yg dah ditamatkan pengeluarannya pada September 2013 bleh dijual beli dlm bentuk set baru?

Iphone luar biasa murah ini kebanyakannya adalah set refurbished/recondition. Kebanyakan penjual iPhone refurbished/recondition sendiri kurang mahir tentang keadaan sebenar iPhone yg dijual. Apa yg dimaklumkn kepada pelanggan, iPhone ini adalah iPhone original. Satu bende yg korang perlu tau adalah iPhone refurbished/recondition mmg 100% original. Kenapa ori? Sbb iphone ini masih menggunakan motherboard yg ori supaya supaya boleh menjalankan iOS. Namun, mungkin bahagian lain seperti body, bateri, dan aksesori adalah dari third party dan bukan lagi dari bahagian original. Dalam bahasa mudah maksud refurbished/recondition ialah sebuah telefon lama yg dibarukan. Malahan Apple sendiri turut mengeluarkan refurbished/recondition yg memang betol2 100% original dari Apple.

Kilang refurbished/recondition tiada di Malaysia. So ini menjelaskan kenapa IG shop boleh menawarkan harga murah untok "Import set", lagi manis "UK set" berbanding harga "MY set. Warranty "Import set" hanya boleh diclaim di negara pengeluar (contoh UK set so bleh claim hanya di UK dan IG shop bertindak sebagai supplier)

Tapi macam maner plak dgn model iPhone 6s yg baru keluar? Takkan dah ade refurbished/recondition? Kalo korang rajen usha IG shop iphone murah ni korang TAK AKAN jumpe iPhone 6s import set. Yg diorg offer hanyalah iPhone 6s "MY set" yg murah dlm RM300 dari harga rasmi. Tapi yes korang bleh jumpa iPhone 6 dan model2 lama dlm "import set" sbb kan dah keluar lama model ni. So wajib lah ade yg refurbished/recondition. Korang hanya akan jumpe IG shop jual iPhone 6s "Import set" aka refurbished/recondition probably dlm 6-12 bulan akan datang. So kalo korang beli yg "MY Set" insyaAllah selamat. Tapi yg "Import set" sendiri mau ingat lah. Pembeli biasanya dikelirukan dgn istilah “iPhone new set” dgn “Original set”. Tepuk dada tanya selera. Uhuk uhuk uhuk. Terkuat plak tepuk dada ni. Haha

No comments:

Post a Comment